Monday, November 25, 2013

Muzakarah PAS-UMNO; Syed Ali sifatkannya positif untuk masa depan umat Islam

Kesedian PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO sepertimana dimumkan oleh presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilihat satu perkembangan positif kearah penyatuan umat Islam di negara ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pelawaan itu bertepatan dengan hasrat UMNO yang selama ini mahukan kedua parti terbesar mewakili umat Islam bersatu atas kepentingan umat.

"UMNO sentiasa bersedia kearah itu, malah sentiasa bersifat terbuka jika ada mana-mana pihak ingin duduk semeja membincangkan kepentingan umat Islam merentasi sempadan politik," tegasnya.

Katanya, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti itu mencari titik mula untuk mengorak langkah bersatu atas kepentingan umat tanpa dibebani dengan kepentingan politik.

“Hasrat  PAS untuk bermuzakarah seperti diumumkan oleh Haji Hadi semalam merupakan perkembangan positif, jika benar, petanda satu era kebangkitan untuk masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, beliau secara peribadi menyambut baik kesediaan PAS jika dengan berbuat demikian  ianya boleh menguatkan lagi perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara bagi menghadapi cabaran di masa akan datang.

Dalam ucapan penggulungan di akhir Muktamar Agung PAS ke-59 di Shah Alam semalam, Haji Hadi menyatakan kesediaan parti itu untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini.

“Kita bersedia (muzakarah) dengan UMNO. Kalau UMNO mahu melaksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita bermuzakarah,” kata Hadi lagi.

Mengulas lanjut, Syed Ali bagaimanapun berharap kesediaan PAS itu benar-benar ikhals dan tidak dipengerahui oleh kepentingan politik.

“Saya berharap pelawaan Haji Hadi itu ikhlas dan jujur, bukan ungkapan retorik untuk kepentingan politik dan memancing sokongan.

Tambah beliau lagi, pelawaan untuk bekerjasama dengan PAS atas kepentingan umat Islam pernah disuarakan secara terbuka oleh pemimpin tertinggi UMNO tetapi malangnya ditolak sewenang-wenangnya oleh parti itu.

Malah katanya, hasrat kerjasama UMNO–PAS telah dipolitikkan oleh pembangkang dengan pelbagai dakwaan termasuk menuduh UMNO terpaksa berbuat demikian ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu.

“Suara-suara sumbang sebegitulah yang sentiasa menghalang usaha penyatuan umat Islam dan orang Melayu terurama apabila membabitkan kerjasama UMNO dengan PAS,” ujarnya.

Mengulas pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang hanya mahukan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya pada PRU akan datang, Syed Ali berkata perebutan itu membabitkan parti-parti pembangkang.

“Itu masalah rumahtangga mereka, tetapi isyaratnya jelas bahawa pemimpin tertinggi PAS mahukan Haji Hadi sebagai PM, bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya mengidamkan jawatan tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan, Anwar tergilakan-gilakan jawatan Perdana Menteri sejak mula dipecat daripada UMNO dengan pelbagai cerita-cerita rekaan seperti isu lompat parti dan sebagainya.


“Jika pemimpin dan ahli PAS sendiri yang sudah terang-terang tolak Anwar sebagai PM, bermakna Anwar  ada‘penyakit’, lagipun semangnya dia tidak layak,” tegasnya

Aura Gading: Jika Muzakarah antara UMNO-PAS dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, Aura Gading berharap sangat umat Islam dapat bersatu.....sedih bila lihat perpecahan dikalangan umat Islam......BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Aura Gading berharap sangat umat Islam tidak berpecah hanya kerana berbeza fahaman parti.

1 comment:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI