Sunday, November 24, 2013

Kerajaan Peruntuk RM1.9 Bilion Bina Rumah Mampu Milik


moorah
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 bilion pada tahun 2013 untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara yang dikendalikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan Jabatan Perumahan Negara.
Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, daripada jumlah itu, PR1MA menerima RM500 juta untuk membina 50,000 rumah di lokasi utama di seluruh negara dan RM300 juta lagi bagi membina 30,000 rumah dengan kerjasama pemaju perumahan swasta.
Sebanyak 320,000 rakyat bakal memiliki rumah sendiri apabila program pembinaan rumah mampu milik yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit itu siap pada 2016.
Menurut laporan itu, unit rumah PR1MA yang pada umumnya berharga 20 peratus lebih murah daripada pasaran sekarang, dijual melalui sistem pengundian terbuka dan dijangka siap dibina tiga tahun lagi.
Bagi mereka yang berpendapatan rendah pula, kerajaan telah memperuntukkan RM320 juta kepada SPNB untuk membina 22,855 unit rumah termasuk 1,855 unit apartmen kos sederhana dan 10,000 unit projek perumahan rakyat yang dijangka siap pada 2015.
Sementara itu, kerajaan telah memperuntukkan RM543 juta kepada Jabatan Perumahan Negara bagi melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 20,454 unit yang dibina menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri.
Bagi mewujudkan generasi celik IT serta untuk melengkapkan rakyat dengan maklumat terkini pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan peruntukan RM150 juta bagi menubuhkan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di PPR kawasan bandar dan pada Ogos 2013, 359 PI1M telah ditubuhkan, menurut laporan itu.
Selain masalah harga pasaran rumah yang tinggi, golongan muda di negara ini turut menghadapi kesukaran menyediakan wang pendahuluan untuk membeli rumah.
Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku, satu skim pembiayaan rumah yang dinikmati golongan muda berpendapatan kurang daripada RM5,000 secara individu atau pendapatan bersama sehingga RM10,000.
Sehingga Ogos 2013, 108 pemohon telah diluluskan oleh sistem perbankan. Menurut laporan itu, selain menangani isu perumahan, kerajaan juga telah memperluas rangkaian pengangkutan awam bandar.
“Syarikat Prasarana Negara Berhad, melancarkan Rapid Kuantan pada Disember 2012 berikutan kejayaan Rapid KL dan Rapid Pulau Pinang,” kata laporan itu.
KTM Komuter juga telah memperluas diskaun 50 peratus tambang kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan kurang RM3,000 sejak Nov 2012, sebagai tambahan kepada diskaun yang diberikan kepada pesara, orang kurang upaya dan pelajar.
Sebanyak 158,000 penumpang telah mendapat manfaat daripada diskaun itu sejak Jun 2013
Aura Gading: Terima kasih pada kerajaan Malaysia kerana merasai kesusahan rakyat dalam mendapatkan rumah.  harap-harap nama Aura Gading juga antara yang bernasib baik memiliki rumah PRIMA....amin.

1 comment:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI