Thursday, February 23, 2012

Arca Yang Mengecewakan Umat Islam

Patung Stairway To Heaven ini dipamerkan di expo Seni di Madrid

The installation "Stairway to Heaven," by Spanish artist Eugenio Merino, displays a crouching Muslim, topped by a kneeling Christian, and he in turn is topped by a Jew in prayer. Next to the sculpture was displayed a machine gun with a Menorah shooting out of its barrel.

Ia menunjukkan seorang Muslim sedang sujud, dengan seorang Kristian duduk diatas belakangnya sambil berdoa dan seorang Yahudi berdiri diatas bahu Kristian tadi. Disebelahnya pula diletakkan selaras machine gun dengan lambang Israel keluar dari muncungnya

Menurut perekanya, ia menggambarkan keadaan 3 agama itu wujud secara bersama, semuanya cuba mendapatkan Tuhan. Ia bukan anti Yahudi tapi menggambarkan ikatan bersama dalam peradaban.
"....and said it reflected "the idea of coexistence between the three religions, all of which are trying to reach God." " ...........is not anti-Semitic, but reflects the alliance of civilizations."

Arca diperbuat menggunakan silikon dan rambut manusia, telah dijual kepada seorang pengumpul seni dengan harga 50,000 Euro.

Artikel ni Aura Gading amibil dari Dinturtle (tq bro).....kecewa dan rasa terhina apabila ada arca sebegini dibuat dan dipamerkan kepada orang ramai. Aura seru kepada umat Islam terutamanya di Malaysia sentiasa bersatu padu dalam apa juga keadaan.

Sunday, February 12, 2012

Bantuan BR1M Bukan Pancing Undi

Pelbagai tohmahan yang telah dilemparkan oleh pembangkang tentang pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia. Tapi yang kelakarnya diorang jugak yang beratur dulu antar borang dan pergi amik duit BR1M tu. Aura Gading pun pelik betul dengan sikap pemain politik sekarang ni, apa sahaja yang kerajaan kita buat semuanya dikatakan salah dan tak betul. Dia jer yang betul dan dapat menjaga negara dengan aman makmur....tapi tu sebelum dapat. Agaknya bila dah dapat lagi sengsara rakyat bawah pentadbiran mereka. Lihat saja apa yang dah terjadi negeri di bawah pimpinan mereka seperti P.P, Perak dan selebihnya tu indah kabar dari rupa.



BR1M disalurkan kepada rakyat sebagai salah satu tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyat yang susah disamping mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menolong kerajaan selama ini.... dan tak mustahil kalau pemberian BR1M akan dilaksanakan setiap tahun sekiranya ekonomi negara kita kukuh ( doa-doakanlah)

Aura Gading harapkan rakyat Malaysia yang bijaksana tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata fitnah ataupun ungkapan pihak pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan BR1M adalah duit untuk memancing undi. (tapi yang paling tak seronok dengar bila ada pemimpin yang menghasut pengikut mereka supaya ambil duit BR1M tapi bila tiba pilihanraya pangkah pembangkang....ni yang buat parah)

p/s: Aura Gading harap rakyat Malaysia boleh berfikir secara rasional dan membuat penilaian dengan apa yang telah kerajaan berikan kepada kita semua. Kita telah hidup dengan aman dan membangun dengan kerajaan sekarang dan janganlah kita dijadikan alat kepada pembangkang sehingga menghancurkan negara.

Tak Sangka Orang Melayu Paling Ramai Tak Daftar Mengundi! hmmmm

Satu angka yang amat mengejutkan apabila hampir 2.1 juta (54%) orang Melayu dan bumiputera tidak mendaftar sebagai pemilih daripada jumlah keseluruhannya adalah 3.7 juta. Pendedahan yang dibuat oleh Timbalah Pengerusi Suruhanjaya Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa orang Melayu yang telah berumur 21 tahun ke atas dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Antara punca yang dikesan adalah sikap sambil lewa dikalangan orang Melayu memilih tidak mendaftar sedangkan tahu bahawa ianya adalah tanggungjawab dalam menentukan warna politik negara. Kepada rakyat Malaysia yang belum mendaftar, Aura Gading nasihatkan anda semua agar dapat berbuat demikian kerana jangan hanya pandai berpolitik dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh parti politik tetapi bila sampai tarikh mengundi kita hanya dapat perhatikan dari jauh sahaja. Rugi jika tidak menggunakan peluang yang diberikan untuk memilih pemimpin mana yang layak untuk menentukan arah tuju negara.

Kepada bakal-bakal pengundi diluar sana, ni ada syarat2 yang diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar (Aura Gading copy dari SPR)

SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
telah mencapai umur 21 tahun;
(c)
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d)
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.