Friday, November 18, 2011

Bijaknya Melayu Adalah Untuk Menjahanamkan Bangsa Itu Sendiri

Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki melayu berumur dalam 40 an...sebagaimana biasanya aku akan menanyakan akan perihal sejarah dan kerjayanya. Telah menjadi kebiasaan, aku tidak suka menjadi penumpang yang pasif atau hanya mendiamkan diri sehingga sampai destinasi sekurang-kurangnya dapat juga bersembang serta berkongsi pengalaman..

Aku agak tertarik dan terkesima dengan gaya percakapan dan pengetahuan pemandu teksi yang baru aku kenali. Pengetahuan beliau dalam hal-hal politik seolah-olah beliau ini adalah seorang pemerhati politik yang berkaliber...Aku cuba memancing dengan soalan yang berkisarkan kepada senario politik sekarang...dengan penuh berhati-hati namun tutur katanya ringkas dan tegas beliau meyatakan..."Bijaknya Melayu Adalah untuk Menjahanamkan bangsa Itu Sendiri"...."yang akhirnya Bangsa Melayu akan tetap menjadi hamba kepada bangsa asing ulasnya lagi...(dari petikan blog kehendak Alam)

Aku menanyakan lagi kembali kepada beliau apakah yang terbuku di dalam hati dan minda beliau sehingga melontarkan kata-kata itu Lantaran beliau menyatakan dari sudut pandangan beliau sendiri..."kebijaksanaan serta kerakusan pemimpin khususnya melayu adalah seiring, zahirnya memperlihatkan seorang yang hebat dalam memperjuangkan norma-norma bangsa melayu namun, disebaliknya ada agenda yang tidak lari dari untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni, pemimipin yang kaya terus kaya manakala rakyat bawahan masih lagi sama keadaannya, walaupun diwarwarkan rakyat akan mendapat itu dan ini...,tetapi yang nyatanya tiada perubahan,bangsa lain terus kaya dan menindas secara halus bangsa melayu" sambungnya lagi..."apakah pemimpin melayu tidak sedar atau hanya buat-buat tak sedar"...

Aku membiarkan beliau meluahkan bicaranya sambil aku memerhatikan rintik-rintik hujan yang mula menerpa cermin hadapan teksinya..Jalan sedikit sesak maklumlah kesemua kenderaan menerobos ke jalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing. "Abang, maaf kalau saya tanya, adakah abang menjuruskan kenyataan ini kepada kepimpinan negara sekarang atau sebaliknya?"...Pemandu teksi itu menjawab dengan jujur, "abang sedikit kesal dengan kepimpinan negara sekarang kerana banyak hal telah diselindung dan di tambus demi menjaga kesinambungan kuasa dan maruah politik..namun tidak dinafikan ada yang betul-betul ikhlas namun sejauh mana keikhlasan itu"...luahnya, adakah kerana ingin menjaga keharmonain kaum maka mereka rela berkompromi dengan bangsa lain, yang acap kali menjadi gunting dalam lipatan, yang musibahnya bangsa melayu yang menerima kesannya"....

"Bagaimana dengan pembangkang yang diterajui oleh orang melayu yang saya rasa beliau adalah sememangnya terbukti rakus dan tamak apatah lagi masih berdolak dalih dalam permasalah yang diciptanya sendiri, apatah lagi juga sanggup bekerjasama dengan bangsa lain khususnya bukan melayu bagi memenuhi matlamatnya"...saya bertanya kepada beliau..

"Maaf Tuan", beliau menjawab, "apa yang dikatakan saya pada awal tadi iaitu, Bijaknya Melayu itu adalah untuk menjahanamkan bangsa melayu itu sendiri dan sememangya jelas merujuk kepada beliau namun secara sinis juga ditujukan kepada kepimpinan negara sekarang ini...katanya dengan jujur,...

Secara tiba-tiba beliau menanyakan kepada saya, "Tuan, apakah tiada mekanisma atau cara yang terbaik bagi menangani masalah kenaikan harga barang, apakah pentingnya orang tengah dalam sesuatu urusan perniagaan kerana orang tengan itu sendiri sebenarnya adalah kerajaan atau kroni-kroni kerajaan ataupun anak beranak pemimpin kerajaan"....Kalau dahulu RM50 boleh dapat pelbagai barang keperluan khususnya barangan makanan untuk seisi keluarga yang sederhana bagi tempoh seminggu atau lebih, namun kini nilainya tidak sama"...,Hairan juga aku memikirkan kenapa dia menanyakan soalan ini kepada aku, adakah aku kelihatan seperti seorang ahli politik atau ahli perniagaan?,

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama..."Abang, rumah saya belok kiri selepas traffic light" aku bersuara bila menyedari aku sudah hampir kedestinasi, "kemudian ada simpang kiri abang belok, abang berhenti di hadapan surau tu" sambung aku lagi....

"Abang, apakah pendirian politik abang"?,tanya aku yang inginkan kepastian, soalannya yang berkaitan dengan ekonomi tadi aku biarkan dahulu sebab aku merasakan tidak cukup masa kerana sudah hampir ke destinasi. Sambil tersenyum beliau menjawab, sesungguhnya abang adalah orang melayu yang dari saya kecil sehingga kini adalah penyokong kuat parti orang melayu iaitu UMNO dan saya tidak lupakan jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional yang pada hemat saya telah menjalakan kewajipan dan tanggungjawab dengan baik meskipun tidak sempurna. Para kepimpinan yang berbangsa melayu dan beragama islam semestinya berpeganglah kepada ajaran islam itu sendiri dengan penuh keimanan dan bukannya sekadar anutan. Alangkah baiknya sekiranya orang melayu yang kini berpecah disebabkan fahaman politik dapat bersatu di bawah satu Nur yang dapat menerangi kesuraman bangsa melayu itu sendiri. Kasihan pada anak cucu cicit kita nanti, yang akhirnya akan bertuankan kepada bangsa asing dibumi sendiri, belajarlah dari sejarah"...jelasnya

Akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat dengan tambang yang tertera di meter teksi hampir RM15....agak mahal kepada aku yang hanya berpendapatan sederhana bagi jarak perjalanan 12KM.

Thursday, September 15, 2011

1Malaysia : Persepsi Orang Muda

Gagasan "1Malaysia" bukan hanya satu slogan politik yang kosong tetapi ia satu perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang maju, dinamik dan bergerak ke arah satu pencapaian nilai ketamadunan yang tinggi. Ketamadunan yang hebat di dunia pasti akan runtuh sekiranya bangsanya berpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini adalah fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Seperkara yang perlu ditonjolkan dalam mencapai cita-cita murni ialah memperkasakan tentang nilai-nilai sejarah bangsa. Golongan muda khususnya perlu didedahkan dengan aspresiasi gagasan 1Malaysia ini melalui sejarah kepelbagaian kaum dan kepelbagaian ini disatukan menjadi identiti Bangsa Malaysia.

Keadilan sejagat juga merupakan satu pendekatan yang sering dimainkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang kononya atas nama demokrasi total. Mereka sanggup meruntuhkan asas binaan sosial semata-mata atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama. Justeru itu, gagasan 1Malaysia ini harus diterjemahkan sebagai satu langkah membina kesaksamaan mengikut wajah dan acuan kita sendiri. Ramai beranggapan gagasan ini tidak jauh bezanya dengan "Malaysian Malaysia" seperti yang diperkenalkan oleh parti DAP. Hakikatnya adalah berbeza, konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menanggalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi Gagasan 1Malaysia ini lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Merealisasikan gagasan 1Malaysia ini, perlu menanggalkan perasaan syak wasangka antara satu sama lain. Sifat prejudis perlu dihapuskan dan digantikan dengan sifat sangkaan baik antara satu sama lain. Kejujuran dan keikhlasan juga perlu dipupuk, bukan sahaja kepada para pemimpin tetapi kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Adalah mustahil gagasan ini tercapai sekiranya sikap prejudis antara kaum ini tidak dikikis malah ia boleh menjadi barah yang merosakan kemakmuran yang dimiliki sekarang.

Gagasan 1Malaysia juga perlu diterapkan hingga ke akar umbi. Ini bermaksud setiap lapisan masyarakat perlu disedarkan tentang keperluan dan kepentingan gagasan ini direalisasikan. Golongan muda khususnya perlu menjadi kelompok sasaran di setiap aktiviti yang dijalankan serta diberi penghayatan tentang unsur-unsur yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia. Namun demikian, rakyat seharusnya bersikap adil dalam menilai dan mentafsir gagasan ini. Adalah tidak wajar pihak-pihak tertentu menghukum gagasan ini atas faktor politik yang bersandarkan dendam kesumat.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan; merupakan satu tranformasi yang melihat kepada setiap amalan dan tindakan kita bersandarkan kepada kesepaduan kaum. Proses ini sudah tentu mengambil masa panjang tetapi hasilnya kelak sudah tentu akan mewujudkan sebuah pencapaian bangsa yang maju dan disegani
tq: ABU UBAIDI