Monday, March 29, 2010

Awas Serangan Nyamuk Aedes!


Awas walaupun badan kecil tetapi boleh membawa maut, itulah nyamuk Aedes. Aura Gading risau betul sekarang ni dengan wabak ini. Sejak akhir-akhir ni ramai tul yang kena demam denggi dekat kawasan rumah Aura Gading, Kg. Pandan. Termasuklah anak Aura Gading sendiri memang suspek denggi. Tak sia-sialah Aura Gading ambik cuti sebab nak jaga dia. Nasib baik lah dia sembuh dengan cepat dan virus denggi tak sempat nak merebak dalam badan anak Aura Gading. Jiran Aura Gading sekarang ni ada dalam Hospital Kg. Baru sebab nyamuk tu..tapi nasib baik anak dia tak kena. Kalau budak-budak yang kena memang susah nak jaga. Pengalaman masa nak ambil darah anak Aura Gading memang menyeksakan. Terpaksalah kami suami isteri pegang dan kepit dia kuat-kuat untuk ambil darah dia untuk ujian. Suami dia pun kena demam denggi jugak tapi tak masuk hospital sebab dia tahan..mungkin kerana lelaki dia kuat sikit. Jiran belakang rumah Aura Gading 3 orang skali kena masuk spital sebab nyamuk tu..kesian plak kat dia..Harap-hapap pihak kementerian kesihatan kena cepat bertindak supaya serangan nyamuk aedes tidak merebak..
Aura Gading: Gemuk betul perut nyamuk tu geram nak tepuk biar berkecai badan dia dan memercik darah tu...kalau ada nyamuk gigit anak Aura Gading memang tak selamat lah nyamuk tu sampai satu rumah aku kejar...he.he




Perhimpunan Membantah Karikatur Oleh Pelukis Sweden

Pada 26 March 2010, tepat jam 2.00 petang terdapat satu perhimpunan yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Mereka mula berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak dan berarak menuju ke kedutaan Sweden bertempat di bangunan OSK jalan Ampang. Perarakan yang berlangsung memang tenang cuma terdapat segelintir mereka yang fanatik turut menggunakan perkataan yang kesat. Bilangan yang hadir agak memberansangkan iaitu lebih kurang 800 orang. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada ahli PAS dan yang bekerja disekitar kawasan Kuala Lumpur. Satu memorandum telah selamat diserahkan di Kedutaan Sweden oleh Nasarudin Hasan, Ketua Dewan Pemuda Pas.
Mereka ini berhimpun kerana menentang kebiadaban penulis karikatur Larks Vilks melukis menggambarkan kepala Nabi Muhammad S.A.W. dengan badan anjing untuk tujuan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden. Didamping itu juga perhimpunan ini dibuat untuk mendesak supaya kerajaan Sweden mengenakan tindakan terhadap 3 akbar yang menyiarkan karikatur tersebut.

Berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji sebelum perarakan


Setiap orang diberi flyer sebelum perarakan


Kumpulan ini berhimpun di hadapan Kedutaan Sweden

Aura Gading : Agak ramai yang terlibat dalam perhimpunan ini dan nasib baik ia berjalan dengan lancar. Berpeluh-peluh Aura Gading n My Sacredheart kat situ.

KERJA..KERJA..KERJA..

Banyak betul lah kerja sekarang ni..rasanya macam dah tak menang tangang. Hari cuti pun dah takder makna sekarang. Tapi tak apalah selagi orang mahukan khidmat kita bekerjalah selagi mampu yang boleh. Bila orang dah tak nak kita lagi susah kan...Jadi tak boleh lah nak merungut bila dah banyak kejer sangat...Semuanya untuk rezeki anak-anak...syukurlah suami juga sangat memahami tugas Aura Gading...Alhamdulillah.

Aura Gading : Berkhidmat Untuk Negara.