Tuesday, August 25, 2009

Senikata Lagu WARISAN

ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PRIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH LALAI TERUSKAN USAHA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
Aura Gading : Sedih bila dengar senikata lagu ni..Malaysia ni sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi tapi sayangnya hasil bumi kita ni dinikmati oleh orang lain. Sedangkah kita sebagai warganegara hanya dapat memandang kekayaan ditangan lain. Sungguh sadis.... tapi sekarang ni kita ada kuasa. Tapi kita perlu ingat kuasa yang ada perlu kita pertahankan. Jangan pula kita berpecah belah hanya kerana mementingkan kuasa. Apa yang penting kita harus bersatu hati demi memastikan tanahair kita adalah hak milik kita.

Monday, August 10, 2009

Percepatkan kempen besar-besaran atasi H1N1

Kerajaan telah mengumumkan untuk mengadakan kempen secara besar-besaran untuk memberi kesedaran tentang wabak selsema babi kepada masyarakat. Langkah yang ingin diambil ini adalah sangat tepat dan berkesan bagi memberi kesedaran langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit ini memandangkan setiap orang tidak terlepas daripada terkena penyakit berjangkit ini. Peringatan juga diberi kepada mereka yang mengalami simtom seperti demam atau selesema dinasihatkan untuk duduk dirumah sahaja sehingga betul-betul pulih agar penyakit itu tidak berjangkit kepada orang lain. Selain dari itu TPM juga menyatakan kerajaan telah menambah stok antiviral sebanyak 10 peratus daripada jumlah penduduk negara dan ini melibatkan peruntukan tambahan kira-kira RM20 juta..
Aura Gading: Banyaknyer peruntukan yang perlu dikeluarkan demi untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Betapa sayangnya pemimpin kepada masyarakat Malaysia. Aura Gading difahamkan juga setiap ujian saringan yang dibuat di hospital kerajaan untuk setiap individu adalah RM400. Dengan hanya membayar RM 1 rakyat Malaysia mendapat rawatan yang baik. (Meskipun ramai lagi yang merungut terpaksa menunggu lama sedangkan rawatan yang perlu dijalani adalah biasa2 ajer) .. biasalah manusia ni memang tak pernah nak berterima kasih dengan apa yang diperolehi. Bersyukurlah...dengan nikmat yang dah diberikan oleh Allah... Ramai lagi yang susah dari kita.

Arak di Selangor: Dahulu takbir…kini take beer

August 10, 2009 : 05.10 PM--->
Pengarang,
Saya amat terpanggil untuk memberi ulasan mengenai perkembangan isu penjualan arak di negeri Selangor. Saya merasa amat pelik dengan pendirian Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang langsung tidak sensitif terhadap isu ini. Malah, lebih memeranjatkan beliau tidak melihat ada sebarang isu mengenai perkara itu walaupun PAS dan DAP berperang sakan mengenainya.
Rakyat mahu penjualan arak dibendung dan pihak berkuasa telahpun mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas araak di premis berkenaan, tetapi seorang EXCO kerajaan negeri dari DAP mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan kembali rampasan itu.
Kata EXCO itu, dia bertindak atas kuasa EXCOnya tetapi Menteri Besar yang beragama Islam itu menyalahkan umat Islam sendiri kerana membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai penjualan arak di kedai serbaneka itu.
Malah, Menteri Besar juga berkata aduan itu tidak wajar kerana tidak mengikut saluran dan orang awam tidak tahu cara-cara mengatasinya.` Pendek kata, mengikut MB yang bijaksana itu, orang yang membuat aduan dan membenteras penjualan arak khususnya di kalangan umat Islam itu adalah bodoh dan salah.
Yang betul dan pandai ialah MB dan barisan EXCOnya1 Kata Khalid, kawalan penjualan arak sepatutnya diserahkan kepada peniaga berkenaan sendiri. Wahai MB yang bijaksana… mana ada peniaga pilih pembeli. Yang ada hanylaah pembeli pilih peniaga.
Adakah Khalid semasa menjadi ahli korporat dahulu memilih pelanggannya - ada yang boleh jual dan ada pula yang sebaliknya. Pelik wal ajaib.
Usaha Datuk Dr. Hassan Ali (EXCo dari PAS) untuk cuba menangani masalah ini nampaknya tidak kesampaian kerana kata Khalid, tiada isu untuk dibincang atau nak bising-bising. Dulu mengenai usaha membuka ladang ternakan babi di negeri itu juga tidak dianggap sensitif.
Jelaslah bahawa MB yang ada tidak membawa apa-apa makna bagi orang Melayu. Isu babi, isu azan subuh, isu penjualan arak, isu EXCOnya berbogel, isu percambahan pusat maksiat termasuk Spa dan kegagalan menjana dana negeri sehingga mahu menggunakan wang zakat rakyat nampaknya membukktikan betapa rakyat Selangor kini dalam kerugian.
MB atau partinya PKR jelas tidak boleh membuat apa-apa. Mereka hanya berserah kepada DAP untuk mentadbir negeri berstatus maju yang telah dicapai pada tahun 2005 itu.
PAS pula boleh buat apa…? Datuk Hassan mahu tindakan diambil terhadap Ronnie Liu, tetapi nampaknya macam dia sendiri yang akan dikenakan tindakan.
Dahulu dalam menghadapi sebarang isu, khususnya yang berkaitan dengan agama Islam PAS akan cepat-cepat melaungkan takbir di seluruh pelosok negara, tetapi kini di negeri Darul Ehsan ini, mereka mungkin hanya mampu setuju dengan DAP untuk melaungkan pekikan baru iaitu ‘ take beer’ menggantikan takbir.

Malek Hassan,Bangi

Aura Gading : Apa dah jadi..apa dah jadi.. sampai sekarang gaduh tak henti-henti... apa nak jadi..apa nak jadi...sampai sekarang bermacam2 isu yang panas yang muncul. Oleh kerana kerana kuasa dan kepentingan sesetengah pihak maka terpaksalah menggadaikan prinsip yang dipegang selama ini. Renung renungkanlah apa yang telah berlaku di negeri yang kaya dengan hasil bumi.

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dewan undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada :

Penamaan Calon 17 Ogos 2009
Hari mengundi 25 Ogos 2009

Pilihanraya ini di tetapkan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abd. Rahman (PAS) akibat sakit jantung.

Aura Gading: Marilah kita bersama-sama berjuang untuk menawan kembali DUN Permatang Pasir supaya jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Thursday, August 6, 2009

Maklumat umum untuk pembaca mengelak H1N1

Tanda utama H1N1
  • demam dan batuk
  • sakit tekak
  • hidung berair dan tersumbat
  • sengal otot
  • sakit kepala
  • menggigil dan keletihan

Langkah pencegahan

  • amalkan kebersihan diri dan menutup mulut apabila batuk
  • memakai penutup mulut dan hidung di rumah dan luar
  • pesakit tinggal di rumah elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
  • jika gejala semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital
  • elakkan berada di kawasan sesak dan batalkan atau kurangkan menghadiri majlis keramaian

Golongan berisiko tinggi

  • wanita hamil
  • pesakit asma
  • obesiti
  • menghidap penyakit paru-paru kronik
  • pesakit kencing manis
  • imuniti rendah
  • pesakit jantung

Aura Gading: bersama-samalah kita amalkan langkah pencegahan penyakit berjangkit ini

Wednesday, August 5, 2009

WABAK SELESEMA H1N1

Nampaknya kes selsema babi atau influenza A (H1N1) semakin teruk menyebabkan empat lagi kematian berlaku dalam masa sehari. Setakat ini seramai 13 orang telah meninggal akibat penyakit ini. Langkah berjaga-jaga perlulah diambil oleh orang ramai bagi mengatasi masalah ini dari merebak.
Aura Gading: Harap2 selepas ini tidak lagi ada kes kematian akibat penyakit ini. Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah ini menjadi lebih teruk.