Thursday, November 19, 2009

Kurang Kesedaran

Dua hari yang lepas Aura Gading ada ke PPR Perkasa. Semasa di situ Aura Gading duduk la di taman permainan yang berada ditengah-tengah taman tersebut. Banyak alat permainan disitu yang telah rosak tetapi tidak diketahui siapa yang melakukannya. Berdasarkan pemerhatian Aura Gading kerosakan yang terjadi pada permainan tersebut disebabkan oleh api (puntung rokok). Tapi Aura Gading agak terkilan jugak kerana taman tersebut agak baru jugaklah..tapi dah berlubang dibeberapa tempat. Alat-alat permainan tersebut jugak telah diconteng dengan penyembur cat menyebabkan ia kelihatan kotor.

Keselamatan kanak-kanak juga sudah tidak terjamin kerana kerosakan alat permainan tersebut yang banyak berlubang. Betapa kurangnya kesedaran @ tanggungjawab dikalangan pengguna kerana pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk riadah bagi orang dewasa dan kanak-kanak tetapi telah dirosakkan begitu sahaja. Geram betul dengan tindakan orang yang tidak ada kesedaran macam ni.

Tuesday, August 25, 2009

Senikata Lagu WARISAN

ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PRIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH LALAI TERUSKAN USAHA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
Aura Gading : Sedih bila dengar senikata lagu ni..Malaysia ni sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi tapi sayangnya hasil bumi kita ni dinikmati oleh orang lain. Sedangkah kita sebagai warganegara hanya dapat memandang kekayaan ditangan lain. Sungguh sadis.... tapi sekarang ni kita ada kuasa. Tapi kita perlu ingat kuasa yang ada perlu kita pertahankan. Jangan pula kita berpecah belah hanya kerana mementingkan kuasa. Apa yang penting kita harus bersatu hati demi memastikan tanahair kita adalah hak milik kita.

Monday, August 10, 2009

Percepatkan kempen besar-besaran atasi H1N1

Kerajaan telah mengumumkan untuk mengadakan kempen secara besar-besaran untuk memberi kesedaran tentang wabak selsema babi kepada masyarakat. Langkah yang ingin diambil ini adalah sangat tepat dan berkesan bagi memberi kesedaran langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit ini memandangkan setiap orang tidak terlepas daripada terkena penyakit berjangkit ini. Peringatan juga diberi kepada mereka yang mengalami simtom seperti demam atau selesema dinasihatkan untuk duduk dirumah sahaja sehingga betul-betul pulih agar penyakit itu tidak berjangkit kepada orang lain. Selain dari itu TPM juga menyatakan kerajaan telah menambah stok antiviral sebanyak 10 peratus daripada jumlah penduduk negara dan ini melibatkan peruntukan tambahan kira-kira RM20 juta..
Aura Gading: Banyaknyer peruntukan yang perlu dikeluarkan demi untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Betapa sayangnya pemimpin kepada masyarakat Malaysia. Aura Gading difahamkan juga setiap ujian saringan yang dibuat di hospital kerajaan untuk setiap individu adalah RM400. Dengan hanya membayar RM 1 rakyat Malaysia mendapat rawatan yang baik. (Meskipun ramai lagi yang merungut terpaksa menunggu lama sedangkan rawatan yang perlu dijalani adalah biasa2 ajer) .. biasalah manusia ni memang tak pernah nak berterima kasih dengan apa yang diperolehi. Bersyukurlah...dengan nikmat yang dah diberikan oleh Allah... Ramai lagi yang susah dari kita.

Arak di Selangor: Dahulu takbir…kini take beer

August 10, 2009 : 05.10 PM--->
Pengarang,
Saya amat terpanggil untuk memberi ulasan mengenai perkembangan isu penjualan arak di negeri Selangor. Saya merasa amat pelik dengan pendirian Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang langsung tidak sensitif terhadap isu ini. Malah, lebih memeranjatkan beliau tidak melihat ada sebarang isu mengenai perkara itu walaupun PAS dan DAP berperang sakan mengenainya.
Rakyat mahu penjualan arak dibendung dan pihak berkuasa telahpun mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas araak di premis berkenaan, tetapi seorang EXCO kerajaan negeri dari DAP mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan kembali rampasan itu.
Kata EXCO itu, dia bertindak atas kuasa EXCOnya tetapi Menteri Besar yang beragama Islam itu menyalahkan umat Islam sendiri kerana membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai penjualan arak di kedai serbaneka itu.
Malah, Menteri Besar juga berkata aduan itu tidak wajar kerana tidak mengikut saluran dan orang awam tidak tahu cara-cara mengatasinya.` Pendek kata, mengikut MB yang bijaksana itu, orang yang membuat aduan dan membenteras penjualan arak khususnya di kalangan umat Islam itu adalah bodoh dan salah.
Yang betul dan pandai ialah MB dan barisan EXCOnya1 Kata Khalid, kawalan penjualan arak sepatutnya diserahkan kepada peniaga berkenaan sendiri. Wahai MB yang bijaksana… mana ada peniaga pilih pembeli. Yang ada hanylaah pembeli pilih peniaga.
Adakah Khalid semasa menjadi ahli korporat dahulu memilih pelanggannya - ada yang boleh jual dan ada pula yang sebaliknya. Pelik wal ajaib.
Usaha Datuk Dr. Hassan Ali (EXCo dari PAS) untuk cuba menangani masalah ini nampaknya tidak kesampaian kerana kata Khalid, tiada isu untuk dibincang atau nak bising-bising. Dulu mengenai usaha membuka ladang ternakan babi di negeri itu juga tidak dianggap sensitif.
Jelaslah bahawa MB yang ada tidak membawa apa-apa makna bagi orang Melayu. Isu babi, isu azan subuh, isu penjualan arak, isu EXCOnya berbogel, isu percambahan pusat maksiat termasuk Spa dan kegagalan menjana dana negeri sehingga mahu menggunakan wang zakat rakyat nampaknya membukktikan betapa rakyat Selangor kini dalam kerugian.
MB atau partinya PKR jelas tidak boleh membuat apa-apa. Mereka hanya berserah kepada DAP untuk mentadbir negeri berstatus maju yang telah dicapai pada tahun 2005 itu.
PAS pula boleh buat apa…? Datuk Hassan mahu tindakan diambil terhadap Ronnie Liu, tetapi nampaknya macam dia sendiri yang akan dikenakan tindakan.
Dahulu dalam menghadapi sebarang isu, khususnya yang berkaitan dengan agama Islam PAS akan cepat-cepat melaungkan takbir di seluruh pelosok negara, tetapi kini di negeri Darul Ehsan ini, mereka mungkin hanya mampu setuju dengan DAP untuk melaungkan pekikan baru iaitu ‘ take beer’ menggantikan takbir.

Malek Hassan,Bangi

Aura Gading : Apa dah jadi..apa dah jadi.. sampai sekarang gaduh tak henti-henti... apa nak jadi..apa nak jadi...sampai sekarang bermacam2 isu yang panas yang muncul. Oleh kerana kerana kuasa dan kepentingan sesetengah pihak maka terpaksalah menggadaikan prinsip yang dipegang selama ini. Renung renungkanlah apa yang telah berlaku di negeri yang kaya dengan hasil bumi.

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dewan undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada :

Penamaan Calon 17 Ogos 2009
Hari mengundi 25 Ogos 2009

Pilihanraya ini di tetapkan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abd. Rahman (PAS) akibat sakit jantung.

Aura Gading: Marilah kita bersama-sama berjuang untuk menawan kembali DUN Permatang Pasir supaya jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Thursday, August 6, 2009

Maklumat umum untuk pembaca mengelak H1N1

Tanda utama H1N1
  • demam dan batuk
  • sakit tekak
  • hidung berair dan tersumbat
  • sengal otot
  • sakit kepala
  • menggigil dan keletihan

Langkah pencegahan

  • amalkan kebersihan diri dan menutup mulut apabila batuk
  • memakai penutup mulut dan hidung di rumah dan luar
  • pesakit tinggal di rumah elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
  • jika gejala semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital
  • elakkan berada di kawasan sesak dan batalkan atau kurangkan menghadiri majlis keramaian

Golongan berisiko tinggi

  • wanita hamil
  • pesakit asma
  • obesiti
  • menghidap penyakit paru-paru kronik
  • pesakit kencing manis
  • imuniti rendah
  • pesakit jantung

Aura Gading: bersama-samalah kita amalkan langkah pencegahan penyakit berjangkit ini

Wednesday, August 5, 2009

WABAK SELESEMA H1N1

Nampaknya kes selsema babi atau influenza A (H1N1) semakin teruk menyebabkan empat lagi kematian berlaku dalam masa sehari. Setakat ini seramai 13 orang telah meninggal akibat penyakit ini. Langkah berjaga-jaga perlulah diambil oleh orang ramai bagi mengatasi masalah ini dari merebak.
Aura Gading: Harap2 selepas ini tidak lagi ada kes kematian akibat penyakit ini. Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah ini menjadi lebih teruk.

Sunday, June 14, 2009

Lukakan hati majoriti rakyat - Khairy

KUALA LUMPUR 14 Jun - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu sangat kecewa dengan tindakan Anwar yang sanggup menyakitkan hati rakyat di negara sendiri.
"Isu berkenaan amat sensitif dan begitu menyakitkan hati, ramai rakyat negara ini yang tidak boleh melupakan keganasan komunis.
"Pemuda UMNO menyelar tindakan Anwar ini. Kita perlu fikirkan kepentingan bersama, bukannya kepentingan diri sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelaksanaan Program Pemuda Masuk Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini hari ini.
Semalam, Anwar dalam kenyataannya memberitahu, permintaan itu dianggap perlu dibenarkan dengan alasan negara sudah berdamai dengan Kerajaan China sendiri.
Menurut Khairy, apa yang dipersoalkan pada masa ini bukan isu negara sudah berdamai dengan China tetapi keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng.
"Chin Peng tak bertaubat, dia masih berpegang kepada pegangan asalnya iaitu pegangan komunisme," tegasnya.
Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, kezaliman Chin Peng menyebabkan mereka yang berjuang menentangnya ketika itu sengsara seumur hidup dan saban hari cuba melupakan kejadian ngeri itu.
Sehubungan itu, beliau berkata, hasrat Anwar dan pihak lain untuk cuba memperjuangkan Chin Peng dibawa pulang hanya akan membuatkan luka rakyat negara ini berdarah kembali.
"Saya percaya yang menuntut supaya Chin Peng dibenarkan balik bukan majoriti rakyat Malaysia tetapi sebilangan kecil saja. Majoriti rakyat negara ini tak mahu Chin Peng balik," katanya.
Tambah beliau, sekiranya keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pengganas komunis dilihat kembali oleh semua pihak, sudah pasti isu begini tidak akan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pihak terutama pakatan pembangkang.

Aura Gading: Keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Chin Peng memang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. Tetapi mengapa masih ada yang sanggup berjuang untuk membawa dia masuk kembali ke negara kita..

Sunday, March 8, 2009

Selesaikan segera isu PPSMI

PETALING JAYA 7 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.

Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu.

Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.

Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu.

"Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,'' katanya.

Aura Gading: Niat asal hanya nak serahkan memorandum tapi sayangnya menjadi kucar-kacir kerana terlalu mengikut perasaan. Sayang usaha untuk membolehkan murid sekolah kita mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris telah ditentang hebat oleh sesetengah pihak..

Thursday, February 12, 2009

Pilihan raya kecil serentak

Kemungkinan besar pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak. Walaubagaimanapun, menurut Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segala keputusan mengadakan pilihanraya di kedua-dua tempat ini akan dibuat setelah meneliti dokumen mengenai kekosongan kerusi tersebut. Kerusi Parlimen Bukit Gantang sudah tentu kosong berikutan penyandangnya Roslan Shahrum telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Manakala kekosongan kerusi Bukit Selambau akan diputuskan kemudian setelah semua dokumen mengenai perletakan jawatan oleh V Arumugam dari PKR disahkan.

Aura Gading: Kami sebagai rakyat menerima segala keputusan yang dibuat oleh SPR. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan berpihak kepada Kerajaan.

Tuesday, February 3, 2009

TIADA PILIHANRAYA KECIL

Pilihanraya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang (N59) dan Changkat Jering (N14) tidak akan diadakan selepasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan kedua-dua Adun berkenaan kekal menyandang kerusi masing-masing. Menurut pengerusi SPR, Tan Seri Abdul Aziz Mohd Yusof wujudnya keraguan terhadap surat perletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Mohd Jailu memandangkan kedua-dua Adun tersebut secara sedar menyatakan surat perletakan jawatan itu tidak berkuat kuasa.

Monday, February 2, 2009

Speaker, ADUN bercanggah

Oleh HERMAN HAMIDherman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Belum boleh putuskan ada pilihan raya kecil atau tidak.
Semua aspek terutama dari sudut perundangan mesti diteliti sebelum keputusan sama ada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang di Perak akan diadakan.
Penelitian mendalam itu, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof perlu kerana surat-surat yang dihantar oleh Speaker DUN Perak dan dua ADUN yang terlibat kepada SPR hari ini bercanggah.
Katanya, satu mesyuarat khas akan diadakan esok di Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci status dua ADUN tersebut yang sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya.
''Kita akan teliti secara terperinci dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Perak mengenai kedudukan kes tersebut berserta status surat-surat berkenaan, esok.
''Apa yang penting, SPR mahu mengendalikan kes ini secara penuh hati-hati kerana keadaannya rumit apabila ada maklumat berbeza antara Speaker dengan kedua-dua ADUN terbabit,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kedudukan dua kerusi DUN itu menimbulkan tanda tanya sejak petang semalam apabila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengeluarkan kenyataan media bahawa ADUN Behrang Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu telah menghantar surat perletakkan jawatan.
Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam selepas itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya mereka berbuat demikian.
Pagi ini, Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah.
Menurut kedua-dua ADUN berkenaan, surat yang mendakwa mereka meletakkan jawatan itu sebenarnya surat lama tanpa tarikh.
Mereka dan lima lagi ADUN PKR lain menandatangani surat itu pada Mac tahun lalu sebaik sahaja pakatan Pas, DAP dan PKR membentuk kerajaan di negeri Perak.
Sementara itu, Abdul Aziz meminta semua pihak supaya bersabar dan memberikan masa kepada SPR untuk mengkaji secara mendalam kedudukan dua kerusi DUN berkenaan.
Kata beliau, dalam hal ini, SPR tidak boleh terburu-buru membuat keputusan kerana apa yang lebih penting ialah memastikan keputusan yang dibuat kelak mengikuti peruntukan undang-undang.
''Saya tahu di luar sana telah ada macam-macam pandangan diberikan, tetapi biar SPR teliti setiap sudut terutama perundangan, baru kita buat keputusan. Jadi, tunggulah SPR bermesyuarat esok,'' jelasnya.
Sementara itu, ditanya kemungkinan SPR sendiri tidak dapat memutuskan sama ada perlu atau tidak pilihan raya kecil diadakan pada mesyuarat esok sebaliknya memerlukan ia dirujuk kepada mahkamah, Abdul Aziz berkata:
''Wallahualam. Kita tunggu esok,'' ujarnya.
Mengenai isi kandungan surat-surat berkenaan, Abdul Aziz berkata, buat masa ini, beliau masih belum melihatnya, sebaliknya hanya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Perak.
''Pejabat SPR Perak yang menerima surat berkenaan. Saya cuma dimaklumkan oleh Pengarahnya, Ahmad Adli Abdullah.
''Tapi, apa pun pada mesyuarat esok, kita akan meneliti secara terperinci isi kandungan surat berkenaan,'' katanya.


Aura Gading: Bersama-samalah kita tunggu keputusan sama ada pilihanraya kecil akan diadakan ataupun tidak.

Monday, January 12, 2009

Israel Guna Bom Kimia

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel sudah tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia. Mereka sudah hilang pertimbangan sebagai sorang manusia. Sedangkan haiwan yang tidak ada akal fikiran pun tahu erti kasih dan sayang. Kini mereka menggunakan bom mengandungi bahan kimia fosforus putih untuk menembak ke arah Gaza, sebuah penempatan yang padat dengan manusia. Jelas menunjukkan tindakan Israel ini ingin menghapuskan etnik dan bukan lagi menentang musuh. Orang awam yang menjadi mangsa. Bom fosforus boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian kerana boleh membakar sedalam-dalamnya tubuh badan.

Aura Gading: Ya Allah selamatkanlah penduduk di Genting Gaza dan hentikanlah peperangan ini. Hanya kepadamu aku bermohon.