Tuesday, December 30, 2008

Pengubahsuaian Pasar Keramat

Akhirnya isu Pasar Dato' Keramat yang tidak memenuhi kehendak peniaga-peniaga terutamanya peniaga pasar basah telah memulakan operasi pengubahsuaian berdasarkan perbincangan antara peniaga dan pihak DBKL. Antara pengubahsuaian yang sedang giat dijalankan adalah seperti:
  • meruntuhkan dinding pemisah antara gerai di kawasan pasar basah kerana peniaga menyatakan dinding yang terlalu tinggi menghalang pemandangan antara pelanggan dan peniaga
  • mengubah saiz tanjakan di tempat memunggah barang
  • menambah tempat memunggah di bahagian hadapan pasar untuk kemudahan mengangkat barang-barang
  • mengubah tempat menggantung daging dengan meletakkannya di ruang belakang kedai

Namun begitu menurut pihak DBKL pengubahsuaian yang dilakukan tidak sepenuhnya sebagaimana yang diminta oleh para peniaga. Para peniaga perlulah berpindah segera ke pasar Baru Dato Keramat sekiranya proses pembaikan telah siap sepenuhanya.

Aura Gading: Harap-harap cepatlah siap pasar ni.

Monday, December 29, 2008

Seramai 140 Penghuni masih menetap di Flat Pekeliling

Kumpulan terakhir yang masih menetap di Flat Pekeliling enggan berpindah sementara ke flat Seri Terengganu dengan menyatakan pelbagai masalah yang wujud di tempat baru. Sebelum ini penghuni telah diberi pilihan sama ada berpindah ke Flat Seri Terengganu atau ke flat Seri Rejang di Setapak sementara menunggu perumahan kekal di Parcel C akan disiapkan pada 2019. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan akan melawat Flat Seri Terengganu pada 2 Januari 2009 untuk meninjau masalah yang dibangkitkan oleh penghuni Flat Pekeliling yang enggan berpindah.

Aura Gading: Berdasarkan tinjauan Aura Gading keadaan di sekeliling Flat Pekeliling sudah tidak sesuai untuk didiami tapi kenapa mereka masih sayang sangat nak tinggalkan tempat tu.. sedangkan setiap penghuni telah ditawarkan memiliki satu unit rumah bernilai RM 42000 selain mendapat keistimewaan menyewa sementara secara percuma di perumahan awam Seri Terengganu.

Tuanku Muhriz dimasyur Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Semalam Tuanku Muhriz Ibni almarhum Tuanku Munawir telah dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11.. Pemasyuran dijalankan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Istiadat pemasyuran dilakukan oleh Undang Luak Sungai Uhong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Perlantikan dijalankan mengiktut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Monday, December 15, 2008

HARGA PETROL TURUN LAGI 10 SEN

Petrol RON97 diturunkan lagi dari RM 1.90 sen kepada RM 1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel dari RM 1.80 kepada RM 1.70 sen seliter. Penurunan kali ketujuh sejak Ogos sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Aura Gading: Harga minyak dah turun 7 kali tapi harga barang tak jugak turun2. Dulu peniaga2 bersungut harga minyak naik harga barang kena naik tapi bila harga minyak turun dia buat tak tahu jer..macam takder apa yang berlaku.