Thursday, July 17, 2008

TPM:LAYAN ANWAR DENGAN SOPAN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis patut sentiasa melayani Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim "dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya".
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu rakyat salah faham tentang bagaimana polis menangani kes Anwar.
Najib berkata, terpulang kepada polis untuk bertindak "selagi mereka mengikuti prosedur dan protokol yang perlu diikuti".
"Kita perlu telus agar tidak ada salah anggap tentang apa yang polis lakukan, dan kita mesti sentiasa melayani Datuk Seri Anwar Ibrahim "dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya," katanya ketika diminta mengulas penangkapan Anwar semalam.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest di sini, hari ini.
Utusan Melayu