Tuesday, December 30, 2008

Pengubahsuaian Pasar Keramat

Akhirnya isu Pasar Dato' Keramat yang tidak memenuhi kehendak peniaga-peniaga terutamanya peniaga pasar basah telah memulakan operasi pengubahsuaian berdasarkan perbincangan antara peniaga dan pihak DBKL. Antara pengubahsuaian yang sedang giat dijalankan adalah seperti:
  • meruntuhkan dinding pemisah antara gerai di kawasan pasar basah kerana peniaga menyatakan dinding yang terlalu tinggi menghalang pemandangan antara pelanggan dan peniaga
  • mengubah saiz tanjakan di tempat memunggah barang
  • menambah tempat memunggah di bahagian hadapan pasar untuk kemudahan mengangkat barang-barang
  • mengubah tempat menggantung daging dengan meletakkannya di ruang belakang kedai

Namun begitu menurut pihak DBKL pengubahsuaian yang dilakukan tidak sepenuhnya sebagaimana yang diminta oleh para peniaga. Para peniaga perlulah berpindah segera ke pasar Baru Dato Keramat sekiranya proses pembaikan telah siap sepenuhanya.

Aura Gading: Harap-harap cepatlah siap pasar ni.

Monday, December 29, 2008

Seramai 140 Penghuni masih menetap di Flat Pekeliling

Kumpulan terakhir yang masih menetap di Flat Pekeliling enggan berpindah sementara ke flat Seri Terengganu dengan menyatakan pelbagai masalah yang wujud di tempat baru. Sebelum ini penghuni telah diberi pilihan sama ada berpindah ke Flat Seri Terengganu atau ke flat Seri Rejang di Setapak sementara menunggu perumahan kekal di Parcel C akan disiapkan pada 2019. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan akan melawat Flat Seri Terengganu pada 2 Januari 2009 untuk meninjau masalah yang dibangkitkan oleh penghuni Flat Pekeliling yang enggan berpindah.

Aura Gading: Berdasarkan tinjauan Aura Gading keadaan di sekeliling Flat Pekeliling sudah tidak sesuai untuk didiami tapi kenapa mereka masih sayang sangat nak tinggalkan tempat tu.. sedangkan setiap penghuni telah ditawarkan memiliki satu unit rumah bernilai RM 42000 selain mendapat keistimewaan menyewa sementara secara percuma di perumahan awam Seri Terengganu.

Tuanku Muhriz dimasyur Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Semalam Tuanku Muhriz Ibni almarhum Tuanku Munawir telah dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11.. Pemasyuran dijalankan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Istiadat pemasyuran dilakukan oleh Undang Luak Sungai Uhong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Perlantikan dijalankan mengiktut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Monday, December 15, 2008

HARGA PETROL TURUN LAGI 10 SEN

Petrol RON97 diturunkan lagi dari RM 1.90 sen kepada RM 1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel dari RM 1.80 kepada RM 1.70 sen seliter. Penurunan kali ketujuh sejak Ogos sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Aura Gading: Harga minyak dah turun 7 kali tapi harga barang tak jugak turun2. Dulu peniaga2 bersungut harga minyak naik harga barang kena naik tapi bila harga minyak turun dia buat tak tahu jer..macam takder apa yang berlaku.

Wednesday, November 26, 2008

KEMELUT PENIAGA PASAR DATUK KERAMAT SELESAI

HAMPIR SIAP SEPENUHNYA... Bangunan pasar baru di Datuk Keramat, Keramat kini 98 peratus siap dan dijangka mendapat CF pada hujung Disember. Gambar kecil menunjukkan ruang dalam yang tidak ubah seperti sebuah hotel.- Gambar Asmaruddin Jamaluddin
KERAMAT 26 Nov. - Kekusutan isu para peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini enggan berpindah ke pasar baru hampir terlerai selepas pertemuan mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique hari ini.
Zulhasnan, yang melawat pasar baru itu bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar pada dasarnya bersetuju bahawa beberapa tuntutan para peniaga itu wajar diberikan pertimbangan demi kepentingan perniagaan mereka.
Para peniaga itu enggan berpindah ke pasar baru kerana berpendapat kemudahan yang disediakan di situ tidak menepati keperluan mereka dan juga menimbulkan risiko perniagaan mereka terjejas.
Oleh itu, para peniaga telah membuat beberapa tuntutan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar pengubahsuaian dibuat terutamanya terhadap kedai di pasar basah selain beberapa kemudahan lain.
Zulhasnan yang turut mendapatkan pandangan peniaga dan penerangan arkitek perunding projek dalam lawatannya selama kira-kira dua jam di situ berpendapat beberapa perkara memang memerlukan pengubahsuaian.
Katanya, beliau setuju ada perkara-perkara yang perlu diteliti semula seperti reka bentuk kedai, saiz dan kawasan letak kereta serta isu keselamatan.
"Saya minta DBKL dan arkitek perunding berbincang dengan para peniaga. Kalau ada yang tak puas hati, boleh bincang, tak ada masalah," katanya.
"Kalau DBKL lihat boleh buat pengubahsuaian, maka mereka akan ubah suai," ujarnya lagi kepada pemberita selepas lawatan.
Turut menyertai lawatan itu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.
Zulhasnan berkata, perbincangan ketiga-tiga pihak itu dijangka diadakan sebelum hujung bulan depan iaitu sebelum sijil layak menduduki (CF) dikeluarkan.
Menurut beliau, bangunan pasar baru itu kini sudah 98 peratus siap dan sijil selamat menduduki (CF) dijangka dikeluarkan pada hujung Disember nanti.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu cawangan Datuk Keramat menegaskan ahli-ahlinya enggan berpindah ke pasar baru selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Antara tuntutan itu ialah mengubah suai saiz kedai, menambah kawasan pemunggahan, memindahkan deretan rumah kedai dan sebuah stesen minyak berhampiran pasar itu serta memindahkan pasar basah ke bahagian bawah iaitu di kawasan letak kereta.
"Lawatan ini dilakukan untuk kami melihat sendiri masalah yang telah diutarakan di dalam akhbar dan juga memorandum yang diberikan (oleh para peniaga).
"Saya lihat beberapa perkara boleh diubah suai, sesuai dengan permintaan peniaga.
"Kami nampak ada isu-isu yang boleh diselesai dan dibincangkan dengan lebih mendalam," katanya.
Katanya, pembinaan pasar baru yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan itu bertujuan meningkatkan taraf bukan sahaja peniaga tetapi juga Kuala Lumpur sebagai bandar raya moden.


Aura Gading turut sama berpuas hati bila menteri telah turun sendiri melihat masalah yang dihadapi oleh para paniaga. Sekurang-kurangnya tekanan yang dihadapi oleh peniaga dapat dikurangkan. Semalam aura gading tengok ramai juga yang ikut serta siri lawatan menteri. Tapi yang peliknya macam mana muka aura gading n kawan tak terselit dikemeriahan peniaga-peniaga tu ha.ha..

Walau apapun diharapkan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan cepat. Sayang pulak tengok pasar keramat yang tersergam indah di tengah2 keramat tetapi tak dapat digunakan lagi.

Thursday, November 20, 2008

HARGA BAHAN API TURUN LAGI!!!

Harga runcit petro dan diesel nak turun lagi sebelum Mesyuarat Majlis ekonomi Negara 1 Disember ni...beruntungnya kita sebab dalam bulan November ni 2 kali harga runcit petro akan turun.
Senyum Aura Gading dah sampai kat telinga....ha..ha..

Wednesday, November 19, 2008

Ladang Babi Dibina Jika Tiada Bantahan

ALOR STAR 19 Nov. - Kerajaan negeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan Bukit Selambau jika ia tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.
Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut dan sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.

Jawapan bertulis kerajaan negeri itu sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Jika dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 untuk memastikan kawasan penternakan tersebut dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.
Ia juga akan beroperasi menerusi sistem kandang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan.


Aura Gading:
Apa dah jadi ni! Ladang babi moden berpusat hendak dibuka di Bukit Selambau..Alor Star. Mungkin dah tak ada ternakan lain yang nak di jaga....

Tuesday, November 18, 2008

Diskaun tol 10 peratus

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.
Katanya, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.
Beliau berkata, insentif lain pula ialah melalui program Loyalti PLUS dengan pengguna kedua-dua lebuh raya boleh menikmati rebat tol lima peratus daripada nilai terkumpul bulanan minimum RM200 bermula 1 Januari.

“Dengan pemberian insentif ini, kami menjangka aliran trafik bagi lebuh raya PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) pada waktu tersebut akan meningkat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Program Insentif Perjalanan PLUS di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Abdul Munit Kasmin; Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Syed Jamal Syed Jaafar; dan Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Abd. Hamid.

Mohd. Zin berharap syarikat konsesi lebuh raya lain mencontohi PLUS Expressways Berhad dengan mengambil inisiatif menurunkan kadar tol masing-masing.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kerajaan tidak akan memberi sebarang pampasan kepada syarikat konsesi pengendali tol yang menurunkan kadar tol masing-masing.
Menurutnya, pemberian diskaun tol oleh PLUS itu mencatat sejarah kerana kerajaan tidak membayar sebarang pampasan.

Mohd. Zin berkata, hasil kajian Jawatankuasa Penilai yang dikendalikan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung pengurangan kadar tol mendapati lapan daripada 23 syarikat konsesi yang mengendalikan lebuh raya, tidak mampu berbuat demikian.
“Mereka ini berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya kewangan dan penstrukturan semula hutang,” jelas beliau.

Lapan syarikat konsesi itu ialah pengendali Lebuh Raya Baru Pantai, Lebuh Raya Lingkaran Kajang, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat, Lebuh Raya Shah Alam-Kuang, Terowong SMART, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya, Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara dan Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru.

Sementara itu, Noorizah memberitahu, dianggarkan 800,000 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan sehari dengan 10 peratus daripadanya pada luar waktu puncak.

Aura Gading:
Untungnya kita semalam harga minyak dan harga beras turun, hari ni diskaun tol 10% untuk tempoh 2 tahun di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite. Nampaknya kurang lah sikit kos balik kampung tahun ni.TQ PLUS

HARGA MINYAK, BERAS TURUN

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin. Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter. Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan. Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.

"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya. Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini. Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan. Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu. Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

Aura Gading: Nampaknya kerajaan telah mengotakan janjinya akan menurunkan harga minyak sekiranya harga minyak global turun. Memang beruntung kita rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan rakyatnya. Namun!!!!!!!!! masih ada cakap-cakap yang mengatakan kerajaan menurunkan harga minyak kerana pembangkang berjanji akan turunkan harga minyak sekiranya mereka memerintah.. kalau tak jangan haraplah.

Aura Gading pun tak fahamlah dengan pemikiran mereka ni. Semua yang kerajaan buat dikatakan tak betul. Apa yang pasti Aura Gading ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan Malaysia.

HARGA MINYAK,BERAS TURUN

Kerajaan harap peniaga kurangkan harga barang

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter.

Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.

"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini.

Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu.

Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

Friday, August 29, 2008

Bil elektrik percuma kepada 1.1 juta isi rumah
29/08/2008 4:44pm
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
``Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan


Aura Gading:Jutaan terima kasih PM dan Kerajaan Malaysia yang mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isu rumah yang mempunyai bil kurang dari rm 20.

Bil Elektrik Percuma Kepada 1.1 Juta Isi Rumah


29/08/2008 4:44pm
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
``Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan


Aura Gading:Jutaan terima kasih PM dan Kerajaan Malaysia yang mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isu rumah yang mempunyai bil kurang dari rm 20. Kerajaan yang adil dan amanah.

Thursday, July 17, 2008

TPM:LAYAN ANWAR DENGAN SOPAN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis patut sentiasa melayani Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim "dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya".
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu rakyat salah faham tentang bagaimana polis menangani kes Anwar.
Najib berkata, terpulang kepada polis untuk bertindak "selagi mereka mengikuti prosedur dan protokol yang perlu diikuti".
"Kita perlu telus agar tidak ada salah anggap tentang apa yang polis lakukan, dan kita mesti sentiasa melayani Datuk Seri Anwar Ibrahim "dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya," katanya ketika diminta mengulas penangkapan Anwar semalam.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest di sini, hari ini.
Utusan Melayu